Pages

Monday, June 6, 2011

Latihan Indusri Hari Pertama 06 Jun 2011

Hari yang tidak memenatkan. Seawal jam 7.30 am kami da sampai di headquater IOI. Ingatkan jam 8 am start rupanya jam 9.00 am. Tidak apa janji kami datang lebih awal. Jam 9 gitu kena bagi sedikit penerangan mengenai jadual. Katanya, 1 minggu kami di sayang, minggu seterusnya kena buli-buli. hahaha. OK ja bha. Bukan mati pun. Habis briefing, kami pun di bawa ke rumah penginapan. Tapi kena pergi ambil barang di Hotel. Lebih kurang jam 10 setengah kami sampai di rumah penginapan. Kena kasi bersih lagi. Aduiiiiii. Janji dapat tidur OK la kan. Seminggu ja pun disini. Jadi takpayah susah-susah. 
Tak banyak cerita hari ni. Kita sambung untuk esok. Hehehe


Thursday, May 19, 2011

HG23 Farawell Party (14/05/2011)

Farawell Party HG23 ini diadakan di Kg.Kibunut Km 27, Jalan Tambunan, 89507 Penampang, Sabah. Kawasan ini merupakan salah satu taman rekreasi dan perkelahan Tg. Motung-Lotung. Terdapat 18 orang daripada 45 orang datang menghadiri parti ini. Walaupun sedikit namun puas hati. Antara yang datang adalah Alton, Fai, Farid, Joseph, Aidi, Khai, Bede, Eric, Toh Wee Wu, Azrul, Hafiz, Lucy, Meyll, Shalini, Law, Sinja, Lesly dan Mer. Sebagai kenang-kenangan bila semua sudah tidak bersama so bolehlah ditengok-tengok.
 

Signboard ni boleh nampak di tepi jalan raya sahaja. Siring jalan mau pergi Tambunan, dekat dengan jambatan. Tidak juga jauh la dari pekan Penampang. Puas hati juga la pergi. Tidak rugi.


Sebelum masuk kena la baca dulu amaran dia. Manatau terlanggar peraturan susah juga kan. Baca punya baca, amaran dia cuma satu ja. Jangan pandai-pandai mahu tangkap ikan disini. Sungai kena tagal!!



Pemandangan di waktu pagi sambil menunggu rakan-rakan yang lain.hahaha. Excited pla mau pergi mandi. Sungai tu memangil-manggil sudah.



Sebelum mandi kena bayarlah dulu. Murah ja. Hanya Rm 2.00 untuk dewasa dan Rm 1.00 ja untuk kanak-kanak. Lepas bayar konfom la mahu masuk sungai. Lambat lagi kawan-kawan yang lain. Rasmi dulu.



Sambil lepak-lepak, ambil gambar dulu. Baru la siok. Cantik pula dia punya rumput ni. Siap ada batu-batu lagi oooo.



Na kan sudah ku bilang sungai ini siok. Dalam lagi tu. Wahhhhhh. Siok-siok..



Ni kalau nafas pendek ni konfom cepat lemas. Jadi di sarankan bawalah pelampung untuk keselamatan. Tiada tempat mau pijak nanti. Tapi jangan risau. Ada tali disediakan untuk sapa-sapa yang mahu berehat.



Jernih lagi tu air dia. Ngam ooo untuk piknik family. Tension-tension bolehlah datang menyinggah. 



Kepada perenang-perenang, jum kita mandi disini. Sejuk air dia memberikan kepuasan yang nyata. Gambar-punya gambar, belum lagi kawan-kawan lain datang. Lapar sudah kami.



Misi diteruskan dengan mengambil gambar. Bila tengok balik-balik macam mahu pergi lagi ooo. Memang ngam la Farawell party kami disini. Barulah ada memori sikit.



Gambar yang diambil dari atas pla. Cantikkan ni sungai. Jernih.



Kawasan ini sesuai untukmereka yang tidak pandai berenang. Cuma airnya deras. Tapi seronok jugalah. Kawan-kawan, apa lagi. Masa untuk kita merehatkan tubuh badan.



Kederasan air yang sangat menyeronokkan.



Kalau hanyut pandai-pandailah survive. hahahah



Yeah! Akhirnya kawan-kawan HG23 da datang. Barbeque la. Panggang-panggang ayam dengan sosej. Sambil-sambil tu makan keropoklah. Nyaman sikit selepas kelaparan. 



Kipas-kipas ayam. Jangan sampai hangus cukuplah. Ni saat paling best yang paling berharga bila kita sudah berpisah masing-masing. Siok juga dengan kawan-kawan. Barulah kita nampak persepakatan.



Da penat ni. Suruh yang perempuan pula yang jaga. Giliran lelaki pula pergi mandi sungai. Yeahhhhh!!


Nilah hasil ayam dipanggang. Belum masanya untuk kita makan.



Sosej panggang. Panggang lima tinggal dua. Tiga dimakan. Hahahah



Ni dorang c Meyll ngan c Lucy.



Perenang-perenang HG23 tengah bersuka ria.



Antara lelaki-lelaki HG23.



Saya dengan c Khai di batu yang lain.



Alamak hujan la pula. Konfom kabut air lepas ni.



Ini time makan-makan sudah. Start sudah party makan-makan. Padahal kekenyangan sudah ni. 



Ambil tempat masing-masing. hehehe



Gembira juga dorang ni. 



Group game selepas makan. C Law, aku ngan c Joseph. hentam ja la.



Cabaran dari group-group yang lain. Hahahha.



Lepas penat bermain, makan lagi. Barulah.



Masa untuk bermain air balik. Semua kena turun.



Penerjun-penerjun yang berbakat.



Peace dulu. hahaha



Ramai-ramai kita terjun sungai. Jangan sampai hanyut pula.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah siram orang. hahaha



Gambar kenang-kenangan.



Keadaan selepas hujan. Keruh sudah. Air pun bertambah deras.



Akhirnya abis sudah Farawell party kami ni. Masa untuk semua pulang. Kegembiraan kita bersama jangan dilupakan.



Apa yang kita lalui kita kenangkan, cabaran masa akan datang akan lebih mencabar. Biarlah kegembiraan, suka duka akan tetap kita bersama. Jumpa lagi kawan-kawan.

Monday, May 16, 2011

Kereta Lama (Land Rover)

Saya mahu cerita sedikit pasal kereta lama. Kereta dalam gambar ni merupakan kereta milik bapa saya..Kereta ni digunakan hanya untuk kawasan yang lasak sahaja..Lama da kereta ni..Kalau saya tidak silap tahun 80-an punya kereta..Tua sudah tapi masih lagi boleh digunakan..


 Kereta ni masih lagi guna badan lama cuma beberapa komponen dalaman da ditukar dengan komponen baru..Kereta pacuan empat roda ni mampu bergerak pada kawasan yang berlumpur licin..


Apa yang menarik pasal kereta ni adalah kereta ni bekas orang Jepun guna..hahahaha..Cuma gambar di bawah telah dikaburkan..Adik aku pergi cat dia supaya tidak katara sangat..Siap ada lambang bendera Jepun dan juga lambang senapang..Sengaja ja dibiarkan begitu..Entah siapalah pemilik asal kereta ni..Misteri.. 


Bahagian dalaman dibiarkan begitu sahaja sebab ini kereta hanya untuk masuk kawasan extrem sahaja..So, tidak perlulah dikasih cantik sangat..Saya pernah bawa kereta ini naik bukit yang jalan dia tanah liat, berlumpur dan berlubang-lubang..Boleh pakai juga la..


Inilah lambang kebanggaan kereta ini..Land Rover made from England..Mungkin satu hari nanti kereta ni akan dijadikan kereta antik..Simpan ja..Koleksi..hahaha


UMS Peak Alone Journey (26/04/2011)

Berjalan-jalan seorang diri merupakan salah satu hobi saya. Kali ini saya nak share tentang UMS Peak. Disebabkan oleh kebosanan yang melampau saya pergi jogging la disekitar UMS. Fikir pnya fiikir saya pergi la naik bukit UMS ni. Kawasan ini merupakan salah satu bukit tertinggi di UMS. So, enjoy. Malas mau taip banyak2..hahahahaha.


Pemandangan di kawasan atas bukit UMS. Pemandangan ini menunjukkan pemandangan ke arah bandar Kota Kinabalu.



Saja ja na mengambil gambar. Tak ada orang pla mau ambilkan. Huhuhu



Ini saja ja na buat skill fotografi. Kalau tak cantik tu apa buli buat la. Ni mau berlatih banyak-banyak lagi baru jadi terer.



Ada juga la kan gaya. Gambar tidak jelas sangat mahu di gambar. Kamera pun cikai-cikai ja. Hahahaha. Janji dapat tangkap view cantik.



Huhuhuhu. 500 meter lagi ke atas. Penat juga mahu naik. Lama da tak masuk hutan ni. Skill pun tumpul da. Mahu diasah balik suda.



Jalan yang harus dilalui. Macam musim luruh ja da ni.



Wouuu. Saya rasa kamera mata lebih bagus untuk tangkap gambar ni. Hijau yang cantik sekali. Saya suka ni kawasan.



Gelap sudah ni. Mau petang sudah. Kalau saya tidak silap, jam da menunjukkan jam 6.00 petang waktu Malaysia. 



Batu tanda aras.



190 meter dari aras laut ja. Tak tinggi pun.



Ada pokok pisang rupanya. Kalo ada buah nda apa la. Tapi macam tiada buah ja. Kecewa la. Kalo ada konfom ada juga buah tangan ni.



Sunset waktu petang. Memandangkan cuaca ini mendung jadi tidak berapa cantik. Gelap suda rupanya.



Jum lari-lari turun bukit UMS ni, Lalu dekat canselori ja la. Laju sikit mau turun.