Berjalan-jalan seorang diri merupakan salah satu hobi saya. Kali ini saya nak share tentang UMS Peak. Disebabkan oleh kebosanan yang melampau saya pergi jogging la disekitar UMS. Fikir pnya fiikir saya pergi la naik bukit UMS ni. Kawasan ini merupakan salah satu bukit tertinggi di UMS. So, enjoy. Malas mau taip banyak2..hahahahaha.
Pemandangan di kawasan atas bukit UMS. Pemandangan ini menunjukkan pemandangan ke arah bandar Kota Kinabalu.
Saja ja na mengambil gambar. Tak ada orang pla mau ambilkan. Huhuhu
Ini saja ja na buat skill fotografi. Kalau tak cantik tu apa buli buat la. Ni mau berlatih banyak-banyak lagi baru jadi terer.
Ada juga la kan gaya. Gambar tidak jelas sangat mahu di gambar. Kamera pun cikai-cikai ja. Hahahaha. Janji dapat tangkap view cantik.
Huhuhuhu. 500 meter lagi ke atas. Penat juga mahu naik. Lama da tak masuk hutan ni. Skill pun tumpul da. Mahu diasah balik suda.
Jalan yang harus dilalui. Macam musim luruh ja da ni.
Wouuu. Saya rasa kamera mata lebih bagus untuk tangkap gambar ni. Hijau yang cantik sekali. Saya suka ni kawasan.
Gelap sudah ni. Mau petang sudah. Kalau saya tidak silap, jam da menunjukkan jam 6.00 petang waktu Malaysia.
Batu tanda aras.
190 meter dari aras laut ja. Tak tinggi pun.
Ada pokok pisang rupanya. Kalo ada buah nda apa la. Tapi macam tiada buah ja. Kecewa la. Kalo ada konfom ada juga buah tangan ni.
Sunset waktu petang. Memandangkan cuaca ini mendung jadi tidak berapa cantik. Gelap suda rupanya.
Jum lari-lari turun bukit UMS ni, Lalu dekat canselori ja la. Laju sikit mau turun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.