Farawell Party HG23 ini diadakan di Kg.Kibunut Km 27, Jalan Tambunan, 89507 Penampang, Sabah. Kawasan ini merupakan salah satu taman rekreasi dan perkelahan Tg. Motung-Lotung. Terdapat 18 orang daripada 45 orang datang menghadiri parti ini. Walaupun sedikit namun puas hati. Antara yang datang adalah Alton, Fai, Farid, Joseph, Aidi, Khai, Bede, Eric, Toh Wee Wu, Azrul, Hafiz, Lucy, Meyll, Shalini, Law, Sinja, Lesly dan Mer. Sebagai kenang-kenangan bila semua sudah tidak bersama so bolehlah ditengok-tengok.
Signboard ni boleh nampak di tepi jalan raya sahaja. Siring jalan mau pergi Tambunan, dekat dengan jambatan. Tidak juga jauh la dari pekan Penampang. Puas hati juga la pergi. Tidak rugi.
Sebelum masuk kena la baca dulu amaran dia. Manatau terlanggar peraturan susah juga kan. Baca punya baca, amaran dia cuma satu ja. Jangan pandai-pandai mahu tangkap ikan disini. Sungai kena tagal!!
Pemandangan di waktu pagi sambil menunggu rakan-rakan yang lain.hahaha. Excited pla mau pergi mandi. Sungai tu memangil-manggil sudah.
Sebelum mandi kena bayarlah dulu. Murah ja. Hanya Rm 2.00 untuk dewasa dan Rm 1.00 ja untuk kanak-kanak. Lepas bayar konfom la mahu masuk sungai. Lambat lagi kawan-kawan yang lain. Rasmi dulu.
Sambil lepak-lepak, ambil gambar dulu. Baru la siok. Cantik pula dia punya rumput ni. Siap ada batu-batu lagi oooo.
Na kan sudah ku bilang sungai ini siok. Dalam lagi tu. Wahhhhhh. Siok-siok..
Ni kalau nafas pendek ni konfom cepat lemas. Jadi di sarankan bawalah pelampung untuk keselamatan. Tiada tempat mau pijak nanti. Tapi jangan risau. Ada tali disediakan untuk sapa-sapa yang mahu berehat.
Jernih lagi tu air dia. Ngam ooo untuk piknik family. Tension-tension bolehlah datang menyinggah.
Kepada perenang-perenang, jum kita mandi disini. Sejuk air dia memberikan kepuasan yang nyata. Gambar-punya gambar, belum lagi kawan-kawan lain datang. Lapar sudah kami.
Misi diteruskan dengan mengambil gambar. Bila tengok balik-balik macam mahu pergi lagi ooo. Memang ngam la Farawell party kami disini. Barulah ada memori sikit.
Gambar yang diambil dari atas pla. Cantikkan ni sungai. Jernih.
Kawasan ini sesuai untukmereka yang tidak pandai berenang. Cuma airnya deras. Tapi seronok jugalah. Kawan-kawan, apa lagi. Masa untuk kita merehatkan tubuh badan.
Kederasan air yang sangat menyeronokkan.
Kalau hanyut pandai-pandailah survive. hahahah
Yeah! Akhirnya kawan-kawan HG23 da datang. Barbeque la. Panggang-panggang ayam dengan sosej. Sambil-sambil tu makan keropoklah. Nyaman sikit selepas kelaparan.
Kipas-kipas ayam. Jangan sampai hangus cukuplah. Ni saat paling best yang paling berharga bila kita sudah berpisah masing-masing. Siok juga dengan kawan-kawan. Barulah kita nampak persepakatan.
Da penat ni. Suruh yang perempuan pula yang jaga. Giliran lelaki pula pergi mandi sungai. Yeahhhhh!!
Nilah hasil ayam dipanggang. Belum masanya untuk kita makan.
Sosej panggang. Panggang lima tinggal dua. Tiga dimakan. Hahahah
Ni dorang c Meyll ngan c Lucy.
Perenang-perenang HG23 tengah bersuka ria.
Antara lelaki-lelaki HG23.
Saya dengan c Khai di batu yang lain.
Alamak hujan la pula. Konfom kabut air lepas ni.
Ini time makan-makan sudah. Start sudah party makan-makan. Padahal kekenyangan sudah ni.
Ambil tempat masing-masing. hehehe
Gembira juga dorang ni.
Group game selepas makan. C Law, aku ngan c Joseph. hentam ja la.
Cabaran dari group-group yang lain. Hahahha.
Lepas penat bermain, makan lagi. Barulah.
Masa untuk bermain air balik. Semua kena turun.
Penerjun-penerjun yang berbakat.
Peace dulu. hahaha
Ramai-ramai kita terjun sungai. Jangan sampai hanyut pula.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah siram orang. hahaha
Gambar kenang-kenangan.
Keadaan selepas hujan. Keruh sudah. Air pun bertambah deras.
Akhirnya abis sudah Farawell party kami ni. Masa untuk semua pulang. Kegembiraan kita bersama jangan dilupakan.
Apa yang kita lalui kita kenangkan, cabaran masa akan datang akan lebih mencabar. Biarlah kegembiraan, suka duka akan tetap kita bersama. Jumpa lagi kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.